warga KUNTA

Sabtu, 15 Januari 2011

TAHNIAH

Syukur alhamdulillah,segala pujian hanya kepada MU,tanggal 15 Januari 2011,memberikan seribu makna buat diri saya.Ketiga-tiga gelanggang berjalan pada hari ini.Gelanggag SSAS,Gelanggang 1 dan terbaharu Gelanggang 2 yang telah dibuka secara rasminya di Telok Datok pada petang ini.
Gelanggang SSAS
Saya tidak berkesempatan untuk hadir,ada urusan peribadi dan perlukan saya untuk menghadirinya,namun setelah melihat koleksi foto Penasihat/Ayahanda KUNTA,saya rasa amat bersyukur sekali,kerana ada juga ahli khususnya para pelajar yang masih lagi berminat.Gelanggang SSAS dibuka khusus untuk para pelajar sekolah ini sahaja.Tahniah dan syabas diucapkan.
(pesilat SSAS sedang membuat latihan.Foto:FB ayahanda Hj.Rahmat)

Sementara itu,tepat jam 5:00 petang,bertempat dirumah Amal Asnaf Al-Barakh,Taman Seri,Telok Datok,gelanggang kedua KUNTA telah dibuka.Alhamdulillah,sambutan amat baik sekali diterima.Di sini,KUNTA menggunakan konsep "friendly" dalam pembelajaran.Seramai 25 orang pelatih disini.Alhamdulillah.


(Gelanggang ke-2 KUNTA)

Difahamkan bahawa Gelanggang 1,akan mengadakan ujian pada malam ini.Maaf juga saya pohon di atas kelewatan saya.Ini kerana saya perlu hadiri kenduri arwah dikampung,namun walaubagaimanapun,saya sempat juga singgah,TAHNIAH kepada yang berjaya dalam ujian pada malam ini,yang GAGAL,jangan risau,usaha lagi.Insya Allah.Tahniah serta kredit,saya ucapkan kepada Jurulatih Nizam serta Razali.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan