warga KUNTA

Ahad, 19 September 2010

Salam dari saya..


Salam kepada warga KUNTA,syukur alhamdulillah ,segala puji hanya untuk Mu sahaja Ya Allah.
Dikesempatan ini,secara peribadi,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan perjalanan Seni Silat Kunta ini.Insya Allah,amanat yang telah diberikan kepada saya,akan saya galas sebaik mungkin.Jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan juga saya berikan kepada ayahanda Tuan Haji Rahmat b.Haji Salihon di atas kepercayaan beliau terhadap diri saya untuk meneruskan serta mengembangkan sayap KUNTA ke satu tahap yang membanggakan.Kejayaan KUNTA tidak bermakna tanpa sokongan serta komitmen dari warga KUNTA keseluruhannya.
Saya berazam serta berjanji,sebagai pemimpin dan sebagai pesilat,saya akan berikan khidmat terbaik untuk anda semua dan akan mengembalikan zaman kegemilangan KUNTA sepertimana tahun 90an dahulu.Kepada seluruh ahlijawatankuasa yang baru dilantik dan yang akan dilantik,saya berharap agar kalian semua dapat memberikan kerjasama kepada saya sepanjang saya mentadbir KUNTA ini,kepada "otai-otai"KUNTA,jasa kalian tetap dikenang hingga akhir hayat saya.
Buat permulaan ini,saya akan merangka beberapa program untuk warga KUNTA,rujuk laman Facebook KUNTA untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi.
Akhir kata,terima kasih semua dan ingat HIDUP PUSAKA BANGSA...

Saya yang benar,

Haji Zawalajam bin Haji Mashod
YDP,Perguruan Seni Silat KUNTA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan