warga KUNTA

Sabtu, 20 Ogos 2011

Ahad, 8 Mei 2011

Pra-Camping 2011




Setelah sekian lamanya,silat KUNTA telah mengadakan satu program pra-camping,dan buat julung kalinya 3 cawangan digabungkan di bawah 1 program.Syukur alhamdulillah,ilham yang saya kemukakan seawal januari 2011 tahun ini telah direalisasikan.Syabas dan Tahniah saya ucapkan buat tuan rumah,cawangan SMK SAS.Apa yang membanggakan kami,Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat,Tuan Haji Abdul Talib Bin Hamid,sudi melapangkan masa bersama-sama dengan pesilat serta memberikan kata-kata perangsang buat pesilat.Mewakili silat KUNTA,saya ucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Tuan menghadirkan diri.
Dikesempatan ini juga,sekalung Tahniah dan Terima Kasih juga diberikan kepada Tuan Pengetua SMS SAS Telok Datok yang sudi memberikan sokongan serta dorongan kepada pesilat,malah beliau turut membenarkan pihak KUNTA untuk menggunakan kemudahan yang ada di SMK SAS bagi tujuan latihan.
Penghargaan juga diberikan kepada pesilat-pesilat lama atau dikenali sebagai Induk yang sanggup turun padang untuk turut serta dalam program ini.
syabas...

Ahad, 13 Februari 2011

Majlis Penyerahan Baju & Penerimaan Ahli

Salam,alhamdulillah,majlis yang dirancang akhirnya terlaksana jua.Walaupun tiada majlis yang "hebat"namun ianya tidak menjadi halangan buat warga KUNTA khususnya dicawangan Banting untuk menjayakannya.Lebih menarik,pabila majlis diserikan lagi dengan kehadiran ayahanda.Banyak tunjuk ajar diberikan.Tahniah dan Terima Kasih.
Sent by YDP from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 12 Februari 2011

Latihan 12/2/2011

Alhamdulillah,latihan hari ini berjalan dengan lancar.
Sent by YDP from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 6 Februari 2011

Takziah

Seawal jam 7:48 pagi,6/2/11,saya telah dihubungi oleh sahabat saya,merangkap Naib Yang Di-Pertua KUNTA,beliau menyatakan bahawa ayahanda beliau telah kembali ke rahmatullah jam 7:00 pagi ini.Saya memang agak terkejut mendengar khabar ini.Namun,ianya telah ditetapkan oleh Nya,setiap yang hidup PASTI akan meninggal.Mewakili seluruh AJK serta ahli KUNTA,merakamkan ucapan takziah buat Encik Mohd Noor serta keluarga.Semoga tabah hadapi dugaan Nya..Al-Fatihah..
Sent by YDP from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 15 Januari 2011

TAHNIAH

Syukur alhamdulillah,segala pujian hanya kepada MU,tanggal 15 Januari 2011,memberikan seribu makna buat diri saya.Ketiga-tiga gelanggang berjalan pada hari ini.Gelanggag SSAS,Gelanggang 1 dan terbaharu Gelanggang 2 yang telah dibuka secara rasminya di Telok Datok pada petang ini.
Gelanggang SSAS
Saya tidak berkesempatan untuk hadir,ada urusan peribadi dan perlukan saya untuk menghadirinya,namun setelah melihat koleksi foto Penasihat/Ayahanda KUNTA,saya rasa amat bersyukur sekali,kerana ada juga ahli khususnya para pelajar yang masih lagi berminat.Gelanggang SSAS dibuka khusus untuk para pelajar sekolah ini sahaja.Tahniah dan syabas diucapkan.
(pesilat SSAS sedang membuat latihan.Foto:FB ayahanda Hj.Rahmat)

Sementara itu,tepat jam 5:00 petang,bertempat dirumah Amal Asnaf Al-Barakh,Taman Seri,Telok Datok,gelanggang kedua KUNTA telah dibuka.Alhamdulillah,sambutan amat baik sekali diterima.Di sini,KUNTA menggunakan konsep "friendly" dalam pembelajaran.Seramai 25 orang pelatih disini.Alhamdulillah.


(Gelanggang ke-2 KUNTA)

Difahamkan bahawa Gelanggang 1,akan mengadakan ujian pada malam ini.Maaf juga saya pohon di atas kelewatan saya.Ini kerana saya perlu hadiri kenduri arwah dikampung,namun walaubagaimanapun,saya sempat juga singgah,TAHNIAH kepada yang berjaya dalam ujian pada malam ini,yang GAGAL,jangan risau,usaha lagi.Insya Allah.Tahniah serta kredit,saya ucapkan kepada Jurulatih Nizam serta Razali.


Ahad, 9 Januari 2011

Persembahan 9/1/11

Alhamdulillah..terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sertai persembahan hari ini.anda semua hebat!
Sent by YDP from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 8 Januari 2011

Alhamdulillah..Cawangan ke-2

Syukur ke hadrat Ilahi,perancangan yang disusun beberapa bulan yang lalu,hari ini telah dilaksanakan.Hasil perbincangan kedua pihak,akhir persetujuan telah tercapai.Gelanggang ke2 akan mula operasi 15/1/11.
Sent by YDP from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 1 Januari 2011






Alhamdulillah,di awal tahun baru 2011,kita bersua lagi.Syukur kehadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan serta meneruskan segala program dengan izin daripada Nya.Belum terlambat untuk saya ucapkan selamat Tahun Baru 2011 kepada semua warga KUNTA.
Pada malam ini,saya berkesempatan untuk meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk melawat serta memberi sedikit ilmu kepada anak-anak murid di gelanggang Banting.Secara kesimpulannya,TAHNIAH kepada Jurulatih Gelanggang Banting kerana telah BERJAYA melepasi tempoh percubaan yang telah ditetapkan oleh saya.
Apa pun,saya berharap agar tahun 2011 ini akan beri kejayaan buat semua warga KUNTA.