warga KUNTA

Khamis, 30 September 2010

Amanat dari Ayahanda ...

Ketahuilah bahawa Seni Silat Kunta Wak Fattah Sg Kelambu mempunyai beberapa aliran mengikut guru yg melatih:

Bagi Aliran yang lahir di SMKSAS-TD...... sejak tahun 1988 hingga kini adalah diingatkan:

1. Fahami falsafah 5 KUNTA yang menjadi teras dan prinsip seni silat Kunta sebaiknya.
2. Ketahuilah dengan sebenarnya 3 FAHAMAN KUNTA.

Seni Silat yg sama daripada Tok Guru yg sama mempunyai langkah gerak sama tetapi mereka tidak ada falsafah dan fahaman seperti aliran yg lahir di SMKSAS.

Seni Silat mereka lebih dikenali dengan nama KUNTAU JAWA.

Ayahanda tidak mahu, anak-anak seni silat yg lahir di SMKSAS membuat aliran sendiri pula. Oleh itu sukatan pelajaran hendaklah selaras.

Guru lain yang mengajar kuntau jawa wak fattah tidak mengamalkan 5 prinsip dalam falsafah KUNTA dan 3 Faham gerak sebab mereka tak dapat bahagian itu...... Kalau bertemu dgn anak2 murid daripada Kuntau Jawa tanyakan dulu 5 prinsip tersebut......

Istilah "Pendekar" dalam kunta bukan orang hebat dan mengalahkan musuhnya dalam atau luar gelanggang persilatan tetapi adalah seseorang yang berupaya menjadikan musuhnya kawan dan sahabat yang setia. Itulah "Pendekar" sebenar. ...Spt Nabi Muhammad Sallallah hu alihi wasalam yang menjadikan Omar yg digeruni sebelum Islam menjadi sahabat setia rasullullah.
Tapi bukan pula bererti dia tidak berupaya melawan musuhnya itu.... dan bukan pula tidak handal dalam gelanggang.Ada "Kebijaksanaan". Itulah Pendekar dalam istilah dan fahaman Kunta. 'KEBIJAKSANAAN'

Sabtu, 25 September 2010

INDUK BERSUA

(Timbalan YDP serta Naib YDP)

Bertempat di kediaman Timb.YDP,satu perbincangan tertutup telah diadakan pada 25hb 9.2010,dimana telah dihadiri oleh YDP,Timb.YDP,Naib YDP serta AJK Induk.Perbincangan tak rasmi berkisar tentang program KUNTA serta hala tuju KUNTA akan datang.
(AJK INDUK)

Ahad, 19 September 2010

Salam dari saya..


Salam kepada warga KUNTA,syukur alhamdulillah ,segala puji hanya untuk Mu sahaja Ya Allah.
Dikesempatan ini,secara peribadi,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan perjalanan Seni Silat Kunta ini.Insya Allah,amanat yang telah diberikan kepada saya,akan saya galas sebaik mungkin.Jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan juga saya berikan kepada ayahanda Tuan Haji Rahmat b.Haji Salihon di atas kepercayaan beliau terhadap diri saya untuk meneruskan serta mengembangkan sayap KUNTA ke satu tahap yang membanggakan.Kejayaan KUNTA tidak bermakna tanpa sokongan serta komitmen dari warga KUNTA keseluruhannya.
Saya berazam serta berjanji,sebagai pemimpin dan sebagai pesilat,saya akan berikan khidmat terbaik untuk anda semua dan akan mengembalikan zaman kegemilangan KUNTA sepertimana tahun 90an dahulu.Kepada seluruh ahlijawatankuasa yang baru dilantik dan yang akan dilantik,saya berharap agar kalian semua dapat memberikan kerjasama kepada saya sepanjang saya mentadbir KUNTA ini,kepada "otai-otai"KUNTA,jasa kalian tetap dikenang hingga akhir hayat saya.
Buat permulaan ini,saya akan merangka beberapa program untuk warga KUNTA,rujuk laman Facebook KUNTA untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi.
Akhir kata,terima kasih semua dan ingat HIDUP PUSAKA BANGSA...

Saya yang benar,

Haji Zawalajam bin Haji Mashod
YDP,Perguruan Seni Silat KUNTA.

Organisasi KUNTA 2010-2012

(Penasihat serta YDP KUNTA sesi 2010-2012 sedang berbincang mengenai hala tuju persatuan)

18 September 2010 bertempat di kediaman ayahanda Hj.Rahmat ,satu perjumpaan dan kunjungan aidilfitri telah diatur.Alhamdulillah,ramai juga warga KUNTA yang hadir.Banyak perkara yang dibincangkan terutamanya hal-hal perlembagaan yang baru digubal dan akan diguna pakai.Disamping itu juga warga KUNTA telah sebulat suara untuk melantik AJK yang baru bagi memantapkan lagi organisasi KUNTA.

Penasihat Seumur Hidup : Ybhg. Tn.Hj.Rahmat bin Hj.Salihon
Yang Di-Pertua : Ybhg. Tn.Hj.Zawalajam bin Hj.Mashod
Timb.Yang Di-Pertua : En.Mohd Noor bin Hj.Jaafar
Naib Yang Di-Pertua : En.Khairul Yusri bin Yazid dan Mohd.Nizammuddin bin Raus
Setiausaha Kehormat : Cik Fadzlina binti Radzi
Bendahari Kehormat : En.Omar bin Makmur
AJK : En.Razali,En.Nizam,En.Rahmat,En.Salimin,En.Farizi
(Timb serta Naib YDP KUNTA)
(Bendahari dan AJK KUNTA)
(Naib YDP 2 dan AJK KUNTA)
(Setiausaha dan AJK KUNTA)
(Perlembagaan KUNTA)
Tahniah diucapkan kepada seluruh AJK yang baru dilantik dan selamat menjalankan tugas.

Khamis, 16 September 2010

SALAM LEBARAN

Alhamdulillah,segala puji hanya untuk Mu ya Allah..
Dikesempatan ini,rasanya masih belum lagi terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti,Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga KUNTA,baik yang dekat mahupun yang jauh.
Apa pun dikesempatan bulan Syawal ini,saya ada merancang untuk kita semua berkumpul berhari raya.Masanya Sabtu (18hb September 2010) jam 8.00 malam bertempat di kediaman ayahanda Hj.Rahmat di Kampung Olak Lempit,sambil beraya kita bertukar-tukar cerita..jommm