warga KUNTA

Ahad, 28 November 2010

bila ayah guru beraksi


Taman Seri Andalas Klang,sudah lama juga ayahanda guru TIDAK beraksi,tapi kali ni beliau beraksi khas untuk anak buah kesayangannya.YDP yang sempat hadir ke majlis berkenaan,juga diberi peluang untuk membuat persembahan.Kepada kedua mempelai,warga Seni Silat KUNTA mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU.

Sabtu, 13 November 2010

Lawatan YDP




Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pengurusan gelanggang silat kunta di Banting yang dengan jayanya telah berjaya mengumpulkan anak-anak muda lelaki dan wanita untuk menyertai seni bela diri ini.hasil kunjungan mengejut YDP bersama AJK pada malam ini,mendapati ahli-ahli sedang tekun berlatih dibawah pimpinan Jurulatih Nizam dan Razali.YDP sempat memberi sepatah dua ucapan kepada ahli,antaranya petikan ucapan,YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli yang masih berminat dalam seni warisan melayu ini.

Ahad, 7 November 2010

Silat Pengantin






Warga KUNTA mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan selamat berbahagian hingga ke anak cucu kepada saudara Azmil Bin Shahidin..Majlis berlangsung pada 7 November 2010,bagi pihak KUNTA,jutaan terima kasih kerana mengundang kami.

Jumaat, 5 November 2010

Kami kembali

(kenangan terindah)
(Para AJK Induk serta ahli cawangan menanti kehadiran Ybhg Dato)
(YDP sedang memberikan taklimat kepada Ybhg Dato')
(persembahan silat)
Perguruan Seni Silat KUNTA sekali lagi melakar sejarahnya pabila hampir keseluruhan Ahlijawatankuasa Induknya telah berkampung hampir 1/2 hari di gelanggang yang penuh dengan sejarah tersendiri iaitu di gelanggang SMK Sultan Abdul Samad,Telok Datok,Banting,sempena dengan Majlis Penerimaan Ahli 2010 serta Majlis Penyerahan Baju Rasmi kepada 12 orang ahli cawangan SMK Sultan Abdul Samad ini.
Majlis ini telah dihadiri sendiri oleh Tuan Pengetua,Cikgu Shamsuddin Said juga guru Hal Ehwal Murid,Cikgu Hj.Azman,walaupun masa yang singkat,namun kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah adalah amat memberangsangkan.Jutaan terima kasih wara KUNTA ucapkan.
(aluan dari YDP)
(ucapan Tuan Pengetua)
(Ucapan Ybhg Dato')
Ybhg Dato Hj.Sulaiman Hj.Karli adalah tetamu khas majlis pada hari ini,kehadiran beliau bersama setiausahanya,Encik Abdul Rahman Yassin telah memberikan suntikan kepada para ahli.Dalam ucaptama Ybhg Dato',beliau berasa amat bangga kerana anak muda masih lagi berminat dengan seni warisan bangsa disamping itu beliau menyarankan agar keahlian ditambah pada tahun akan datang.Pada masa yang sama,beliau turut menyampaikan sumbangan kepada pengurusan tertinggi KUNTA.
(penyampaian sumbangan)
(penyampaian baju kepada ahli)
(ikhlas dari kami)

bagi pihak jawatankuasa KUNTA,secara peribadi Yang Di-Pertua,merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak di atas kerjasama yang telah diberikan demi menjayakan aktiviti ini.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Ziarah 2

(Penyampaian cenderahati kepada Tok Ayah Guru KUNTA)
Alhamdulillah,hari ini warga KUNTA telah berkesempatan untuk berkunjung ke rumah Tok Ayah Guru KUNTA dikampung Sungai Kelambu,aktiviti ini sepatutnya dirancang pada bulan November tahun ini,kebetulan Tok Ayah Guru pada hari ini ada mengadakan majlis,maka program yang dirancang telah dibawa ke hari ini.Kehadiran amat memuaskan.YDP.Timb.YDP,Naib 2,serta beberapa orang ahli induk turut serta dalam program ini.Ybhg Tuan Penasihat Seumur Hidup KUNTA tidak dapat serta,ini kerana beliau dilaporkan tidak sihat ketika ini.Warga KUNTA mendoakan agar ayahanda cepat sembuh.
Warga KUNTA juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Tok Ayah Guru serta keluarga di atas undangan ini dan penghargaan khas buat Encik Omar bin Makmur,Pengurus Warisan Usaha,di atas tajaan hamper pada program kali ini.Semoga usaha murni kalian diberkati Allah.

(warga KUNTA yang hadir)

Khamis, 30 September 2010

Amanat dari Ayahanda ...

Ketahuilah bahawa Seni Silat Kunta Wak Fattah Sg Kelambu mempunyai beberapa aliran mengikut guru yg melatih:

Bagi Aliran yang lahir di SMKSAS-TD...... sejak tahun 1988 hingga kini adalah diingatkan:

1. Fahami falsafah 5 KUNTA yang menjadi teras dan prinsip seni silat Kunta sebaiknya.
2. Ketahuilah dengan sebenarnya 3 FAHAMAN KUNTA.

Seni Silat yg sama daripada Tok Guru yg sama mempunyai langkah gerak sama tetapi mereka tidak ada falsafah dan fahaman seperti aliran yg lahir di SMKSAS.

Seni Silat mereka lebih dikenali dengan nama KUNTAU JAWA.

Ayahanda tidak mahu, anak-anak seni silat yg lahir di SMKSAS membuat aliran sendiri pula. Oleh itu sukatan pelajaran hendaklah selaras.

Guru lain yang mengajar kuntau jawa wak fattah tidak mengamalkan 5 prinsip dalam falsafah KUNTA dan 3 Faham gerak sebab mereka tak dapat bahagian itu...... Kalau bertemu dgn anak2 murid daripada Kuntau Jawa tanyakan dulu 5 prinsip tersebut......

Istilah "Pendekar" dalam kunta bukan orang hebat dan mengalahkan musuhnya dalam atau luar gelanggang persilatan tetapi adalah seseorang yang berupaya menjadikan musuhnya kawan dan sahabat yang setia. Itulah "Pendekar" sebenar. ...Spt Nabi Muhammad Sallallah hu alihi wasalam yang menjadikan Omar yg digeruni sebelum Islam menjadi sahabat setia rasullullah.
Tapi bukan pula bererti dia tidak berupaya melawan musuhnya itu.... dan bukan pula tidak handal dalam gelanggang.Ada "Kebijaksanaan". Itulah Pendekar dalam istilah dan fahaman Kunta. 'KEBIJAKSANAAN'

Sabtu, 25 September 2010

INDUK BERSUA

(Timbalan YDP serta Naib YDP)

Bertempat di kediaman Timb.YDP,satu perbincangan tertutup telah diadakan pada 25hb 9.2010,dimana telah dihadiri oleh YDP,Timb.YDP,Naib YDP serta AJK Induk.Perbincangan tak rasmi berkisar tentang program KUNTA serta hala tuju KUNTA akan datang.
(AJK INDUK)

Ahad, 19 September 2010

Salam dari saya..


Salam kepada warga KUNTA,syukur alhamdulillah ,segala puji hanya untuk Mu sahaja Ya Allah.
Dikesempatan ini,secara peribadi,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan perjalanan Seni Silat Kunta ini.Insya Allah,amanat yang telah diberikan kepada saya,akan saya galas sebaik mungkin.Jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan juga saya berikan kepada ayahanda Tuan Haji Rahmat b.Haji Salihon di atas kepercayaan beliau terhadap diri saya untuk meneruskan serta mengembangkan sayap KUNTA ke satu tahap yang membanggakan.Kejayaan KUNTA tidak bermakna tanpa sokongan serta komitmen dari warga KUNTA keseluruhannya.
Saya berazam serta berjanji,sebagai pemimpin dan sebagai pesilat,saya akan berikan khidmat terbaik untuk anda semua dan akan mengembalikan zaman kegemilangan KUNTA sepertimana tahun 90an dahulu.Kepada seluruh ahlijawatankuasa yang baru dilantik dan yang akan dilantik,saya berharap agar kalian semua dapat memberikan kerjasama kepada saya sepanjang saya mentadbir KUNTA ini,kepada "otai-otai"KUNTA,jasa kalian tetap dikenang hingga akhir hayat saya.
Buat permulaan ini,saya akan merangka beberapa program untuk warga KUNTA,rujuk laman Facebook KUNTA untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi.
Akhir kata,terima kasih semua dan ingat HIDUP PUSAKA BANGSA...

Saya yang benar,

Haji Zawalajam bin Haji Mashod
YDP,Perguruan Seni Silat KUNTA.

Organisasi KUNTA 2010-2012

(Penasihat serta YDP KUNTA sesi 2010-2012 sedang berbincang mengenai hala tuju persatuan)

18 September 2010 bertempat di kediaman ayahanda Hj.Rahmat ,satu perjumpaan dan kunjungan aidilfitri telah diatur.Alhamdulillah,ramai juga warga KUNTA yang hadir.Banyak perkara yang dibincangkan terutamanya hal-hal perlembagaan yang baru digubal dan akan diguna pakai.Disamping itu juga warga KUNTA telah sebulat suara untuk melantik AJK yang baru bagi memantapkan lagi organisasi KUNTA.

Penasihat Seumur Hidup : Ybhg. Tn.Hj.Rahmat bin Hj.Salihon
Yang Di-Pertua : Ybhg. Tn.Hj.Zawalajam bin Hj.Mashod
Timb.Yang Di-Pertua : En.Mohd Noor bin Hj.Jaafar
Naib Yang Di-Pertua : En.Khairul Yusri bin Yazid dan Mohd.Nizammuddin bin Raus
Setiausaha Kehormat : Cik Fadzlina binti Radzi
Bendahari Kehormat : En.Omar bin Makmur
AJK : En.Razali,En.Nizam,En.Rahmat,En.Salimin,En.Farizi
(Timb serta Naib YDP KUNTA)
(Bendahari dan AJK KUNTA)
(Naib YDP 2 dan AJK KUNTA)
(Setiausaha dan AJK KUNTA)
(Perlembagaan KUNTA)
Tahniah diucapkan kepada seluruh AJK yang baru dilantik dan selamat menjalankan tugas.

Khamis, 16 September 2010

SALAM LEBARAN

Alhamdulillah,segala puji hanya untuk Mu ya Allah..
Dikesempatan ini,rasanya masih belum lagi terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti,Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga KUNTA,baik yang dekat mahupun yang jauh.
Apa pun dikesempatan bulan Syawal ini,saya ada merancang untuk kita semua berkumpul berhari raya.Masanya Sabtu (18hb September 2010) jam 8.00 malam bertempat di kediaman ayahanda Hj.Rahmat di Kampung Olak Lempit,sambil beraya kita bertukar-tukar cerita..jommm

Rabu, 14 Julai 2010

Apa khabar...

Salam,maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini laman blog ini.kesibukan tugas harian sememangnya agak mengganggu saya dalam berkarya.Saya doakan kalian semua khususnya warga KUNTA agar senantiasa sihat wal-afiat selalu.Disamping itu juga,saya agak sibuk dalam menguruskan proses pendaftaran KUNTA dengan pihak PESAKA,dan terpaksa menyemak serta menggubal perlembagaan KUNTA agar perjalanan KUNTA lebih teratur.Insya Allah,dalam sedikit masa lagi semuanya selesai.Saya juga terpaksa menolak beberapa jemputan persembahan silat pengantin dalam waktu terdekat ini.Bukan apa,saya nak pastikan bahawa KUNTA benar-benar KUKUH dan MANTAP,baru saya akan terima,Alhamdulillah,ada pihak yang sudi menghulurkan dana untuk KUNTA bergerak..Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kepada mereka semua..amin..
Warga KUNTA..adakah kalian masih ingat akan maksud KUNTA?

Sabtu, 3 Julai 2010

بسم الله الرحمن الر حيم

Syukur alhamdulillah,laman blog KUNTA telah dapat diwujudkan setelah sekian lama terhalang dengan kesibukkan tugasan harian serta jadual masa yang tidak menentu.Namun setelah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan,akhirnya laman blog ini siap juga,Selain laman Facebook KUNTA yang telah wujud,laman blog ini juga penting dalam mempromosikan seni silat dimata dunia dan menjadikan silat ini sebagai satu warisan.
Akhir kata,terima kasih kerana melayari laman blog kami ini,sebarang komen,amat kami alukan.

Wassalam.