|
warga KUNTA
Ahad, 29 Julai 2012
Check out Hj Zawalajam's photos on Facebook.
Ahad, 8 Mei 2011
Pra-Camping 2011
Setelah sekian lamanya,silat KUNTA telah mengadakan satu program pra-camping,dan buat julung kalinya 3 cawangan digabungkan di bawah 1 program.Syukur alhamdulillah,ilham yang saya kemukakan seawal januari 2011 tahun ini telah direalisasikan.Syabas dan Tahniah saya ucapkan buat tuan rumah,cawangan SMK SAS.Apa yang membanggakan kami,Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat,Tuan Haji Abdul Talib Bin Hamid,sudi melapangkan masa bersama-sama dengan pesilat serta memberikan kata-kata perangsang buat pesilat.Mewakili silat KUNTA,saya ucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Tuan menghadirkan diri.
Dikesempatan ini juga,sekalung Tahniah dan Terima Kasih juga diberikan kepada Tuan Pengetua SMS SAS Telok Datok yang sudi memberikan sokongan serta dorongan kepada pesilat,malah beliau turut membenarkan pihak KUNTA untuk menggunakan kemudahan yang ada di SMK SAS bagi tujuan latihan.
Penghargaan juga diberikan kepada pesilat-pesilat lama atau dikenali sebagai Induk yang sanggup turun padang untuk turut serta dalam program ini.
syabas...
Ahad, 13 Mac 2011
Ahad, 13 Februari 2011
Majlis Penyerahan Baju & Penerimaan Ahli
Salam,alhamdulillah,majlis yang dirancang akhirnya terlaksana jua.Walaupun tiada majlis yang "hebat"namun ianya tidak menjadi halangan buat warga KUNTA khususnya dicawangan Banting untuk menjayakannya.Lebih menarik,pabila majlis diserikan lagi dengan kehadiran ayahanda.Banyak tunjuk ajar diberikan.Tahniah dan Terima Kasih.
Sent by YDP from my BlackBerry® smartphone
Sent by YDP from my BlackBerry® smartphone
Sabtu, 12 Februari 2011
Ahad, 6 Februari 2011
Takziah
Seawal jam 7:48 pagi,6/2/11,saya telah dihubungi oleh sahabat saya,merangkap Naib Yang Di-Pertua KUNTA,beliau menyatakan bahawa ayahanda beliau telah kembali ke rahmatullah jam 7:00 pagi ini.Saya memang agak terkejut mendengar khabar ini.Namun,ianya telah ditetapkan oleh Nya,setiap yang hidup PASTI akan meninggal.Mewakili seluruh AJK serta ahli KUNTA,merakamkan ucapan takziah buat Encik Mohd Noor serta keluarga.Semoga tabah hadapi dugaan Nya..Al-Fatihah..
Sent by YDP from my BlackBerry® smartphone
Sent by YDP from my BlackBerry® smartphone
Langgan:
Catatan (Atom)
